Posts

Showing posts from June, 2016

RAMADHAN 2016 - Antara amalan dibulan Ramadhan

Image
asslammualaikum, setentunya kita umat Islam berlumba-lumba dalam mengumpul dan beribadat di bulan mulia ini. berikut antara amalan di bulan ramadhan yang ika nak share dengan pembaca:     1) Menyegerakan berbuka jika telah yakin matahari telah terbenam. Berbeza jika dia hanya merasa          syak, maka wajib ke atasnya berjaga-jaga dan melewatkan berbuka.     2) Bersahur walaupun dengan seteguk air, walaupun telah kenyang     – waktu sahur bermula dari tengah malam     – hikmahnya adalah untuk menguatkan badan dan menyalahi perbuatan ahli kitab yang tidak         bersahur. 3) Melambatkan bersahur tetapi tidak terlalu lambat. Dan disunatkan imsak (menahan diri) dari memakan sesuatu sekitar tempoh bacaan 50 ayat (lebih kurang 15 minit) sebelum terbit fajar. 4) Berbuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil. Jika tiada, maka dengan   busr  (kurma segar). Jika ...

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan

Image
Bulan ramadhan atau bulan puasa merupakan bulan yang amat aku tunggu dan paling xcited, kerana ini merupakan bulan yang penuh barakah dan banyak keistimewaannya. Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan bahwa Allah SWT mengistemewakan bulan Ramadan di atas bulan-bulan lainnya dengan menurunkan Al-Qur'an di dalamnya. Kitab-kitab suci yang diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu juga diturunkan pada bulan Ramadan. Kitab nabi Ibrahim ( suhuf ) diturunkan pada malam pertama bulan Ramadan, kitab Zabur diturunkan kepada nabi Dawud pada malam kedua belas bulan Ramadan, kitab Taurat diturunkan kepada nabi Musa pada malam keenam bulan Ramadan dan kitab Injil kepada nabi Isa diturunkan pada malam ketiga belas bulan Ramadan. Kitab-kitab tersebut merupakan petunjuk bagi umat manusia ke jalan yang benar dan penyelamat dari jalan yang sesat. Maka bulan Ramadan dalam sejarahnya merupakan bulan dimulainya gerakan membasmi kemusyrikan di muka bumi, menghancurkan kekufuran, menepis kedengkian, mel...

NUFFNANG ADS