TRAVELOG I HO CHI MIHN, VIETNAM 2018 4D 3N (DAY 1)
Assalammualaikum,
hye guess.. kali ni ika nak kongsi pengalaman pertama kali bercuti di luar negara. Kami memilih VIETNAM sebagai percutiaan pertama diluar negara. Tempoh kami disana selama 4 hari 3 malam (13 Dis - 16 Dis 2018). Persiapan, emm mestilah semangatkn cuma persiapan berbeza dengan cuti-cuti sebelum ini sebab ke luar negara kan, negara orang :) .
So, sebulan sebelum bergerak, just prepair your mental, negara orang berbeza, jadi ika banyak buat research tempat yang bakal dilawati. Ini membantu dari segi packing baju juga :) . Seminggu sebelum belepas, tukarlah duit ke DONG (VND). DIGALAKKAN , tukar duit DONG dalam nilai kecil memudahkan perbelanjaan disana (CONTOH : 200,000 VND, 100,000 VND) . Masa ika nak ke vietnam nilai tukaran ialah ( VND 1 JUTA DONG = RM187). Bawa juga sedikit duti malaysia (juga dalam nilai kecik) berguna di SUNGAI MEKONG nanti hehehe. Disana xperlu risau matawang Malaysia juga digunakan tapi lebih baik jika ada nilai DONG sebab lebih murah :).
Ika ke vietnam bersama MAK, MAKUSU dan SEPUPU (anak kepada makusu ika). Kami menggunakan khidmat agensi perlancongan : NUZHA TRAVEL , keluarga yang terlibat adalah seramai 4 orang dan 1 backpacker dan 1 tour guide dari malaysia. Next entry ika akan story tentang agensi perlancongan ni OK!
persiapan : buat pengasingan wang kegunaan mengikut hari / kegunaan.
sangat-sangat membantu.
Sebab pergi berdua dengan mak, bawa 1 beg bersaiz untuk 20kg.
Ok ini first keadaan beg masa nak pergi :p
13 DIS 2018 (KHAMIS)
Hari yang dinantikan sudah tiba. Kami bertolak dari rumah seawal 4.30 pagi sebab flight 9 pagi jadi solat di KLIA2 sahaja :) .
Kami menggunakan perkhidmatan ERL dari putrajaya ke KLIA2 yang cuma amik masa 20 minit. Mengantuk jangan cakaplah muka capok waktu tu haha. Sampai di KLIA2, ika dan sepupu bergerak ke kedai sewa WIFI . Kami gunakan perkhidmatan ROAMINGMAN untuk perkhidmatan pocket wifi. Kami memilih SAIGON / Hồ Chí Minh sebagai tempat percutian kami di VIETNAM.
Alhamdulillah selamat sampai di Airport Saigon / Hồ Chí Minh
Sampai, terus ke imigration, ok terkejut jugak tidak perlu isi borang :)...ingat jangan nak menyengih sangat ngan pegawai sana sebab muka mereka macam mencari mangsa tapi sebenarnya tak ada apa pon : P
Bandar Saigon / Hồ Chí Minh
Our tour guide at Vietnam : AMAD
seorang yang lawak sp tak boring dalam bus.
jangan terkejut dia boleh berbahasa melayu tapi slang sanalah hahahaha..
bandar kedua VIETNAM SAIGON atau dikenali Saigon / Hồ Chí Minh
hampir 90% penduduk menggunakan motosikal. Jadi jangan terkejut kalau melintas anda kene mengharungi mereka :)..oh ya lagi satu, bunyi hon bukan menandakan marah tetapi sebagai 'petanda'.
Disebabkan flight kami lewat dari jangkaan, so kene check in hotel pukul 3 (innocent face + plum face). Jadi tour guide ni bawa kami ke butik aka kedai jual kain telekung, kain cotton, kedai beg dan kedai kopi.. Ika galakkan jangan membeli terlalu banyak sebab harga memang nampak murah tapi di Malayisa Street lebih banyak pilihan dan harga berpatutan.
beberapa kedai yang kami melawat
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
::
Finally kami sampai ke hotel, kami stay di Hotel QUEEN CENTRAL. dekat dengan Bến Thành Market. yup ia terletak di lorong Malaysia Street, dimana ramai pelancong Malaysia, so tak pelik kalau korang dengar mereka cakap bahasa melayu.
ruang depan :)
katil utk 2 orang, cukuplah for me and mom :)
Bilik Air
Paling best hotel ini dekat dengan kedai makanan halal :)
Kat vietnam jangan main serbu je ek kedai, takut no halal nanti .
Hari pertama memang tiada jadual aktiviti, sampai Vietnam terus makan di kedai halal ' OTAK OTAK' (sorry tak sempat amik gambar just video :) ). So sebab excited, lepas magrib dah jamak, kami pergi makan depan hotel. (dah termasuk package). Lepas makan, apa lagi kaki melangkah ke pasar malam Malaysia Street aka Bến Thành Night Market .
Wajib dan harus try kopi vietnam HALAL dan air orange juice tampa banjuhan air.
betol orang kata memang superb :)
:
:
:
:
:
:
:
Suasana malam Vietnam
:
:
:
:
:
:
Jangan terkejut tudung jual tepi jalan kualiti dia serupa ori hehehe, ++++ murah amat.. tergodalah jugak hehehe
:
:
Ha ni biasalah mak-mak punya port, kain lase kat sini memang murah, 4 meter 1juta DONG = RM187. jangan risau RM diterima :). Waktu membeli jangan terus grab harga diberi penjual, cuba tawar-menawar sehingga dia terima. Ada je penjual terus grab harga kita beri, tapi klau dia kata tak boleh mean memang tak boleh :), tapi still murah .
Alhamdulillah, hari pertama selesai jadi kenelah masuk tido awal sebab esok dah start jadual bergerak jauh wish is ke SUNGAI MEKONG.
TIPS
1. Jangan ambil/makan benda yang diberi oleh penjaja dijalanan (terutama penjual kacang) kerana mereka akan mintak lebih dari yang sepatutnya, tambahan takut tidak halal. Banyak yang dah terkena terutama rakyat malaysia, dimana mereka diberi kacang dan dikupas, kita ambil dan dia akan follow sehingga kita bayar, awalnya hanya 10,000 DONG tapi bila bukak dompet dia akan tunjuk nilai besar 200,000 DONG (lebih kurang macam rm20/ rm40) -terjadi pada rakyat malaysia kami perasan lepas tukang jual dah pergi. Kesian pakcik tu :(.
(perkara ini dah diberi tahu awal oleh tour guide kami)
2. Letak beg dihadapan terutama di Bến Thành Market, takut penyeluk saku dan ingat sana 90% menggunakan motosikal.
3. Kalau nak bayar, sila nyorok sikit dompet anda jangan terlihat, bahaya. Kita tak tahu orang sekeliling + bahaya jika jumpa orang seperti penjual kacang (1).
4. Tukar duit DONG secukupnya dan bawa sedikit RM untuk kecemasan. Sebab nak tukar DONG disana agak mahal. Macam ika, kami tukar RM3K. Tapi tak guna semua, balik tukar ke RM semula :).
OK see you next entry for DAY2
YOUTUBE KOREAN VLOG
Comments
Post a Comment