TRAVELOG I HO CHI MIHN, VIETNAM 2018 4D 3N (DAY 2)
Assalammualaikum, alhamdulillah tangan ni masih diberi kekuatan untuk menulis next entry VIETNAM :). Hari kedua, 8.00 pagi kami bertolak dari tempat penginapan ke SUNGAI MEKONG (MEKONG RIVER) . Perjalanan mengambil masa 2 jam (lebih kuranglah!! ).
So let's Goooo!!!
:
:
:
Terima kasih Nuzha travel kerana memberi peluang saya ke sungai mekong
hahahahahahaha....
So rasanya pemandu bas macam paham2 punggung ni dah kematu duduk dalam bus, so kita berhenti diperhentian. Lupalah nama dia, dalam bahasa Vietnam tak pandai nak translate hehehe. Tempat perhentian dia bukan macam malaysia ek, ada surau or tempat makan bagai, dia hanya ada toilet, penjual cendermata dan 1 kedai kecik (non halal ). Tandas still like malaysia, bersih dan wangi :). bak kata pemandu pelancong kami TANDAS MALAYSIA haha.
Kalau di Sungai Mekong korang kene bayar ek klau nak pakai dalam sampan
so try jelh kat kedai ni feel2 VIETNAM hahaha
30 Minit dari PIT STOP finally sampai ke Mekong River jeti. Kat sini semua pelancong akan dibawa menggunakan boat besar dan cantik untuk menikmati keindahan di Mekong :). Macam ika, bayaran ke sini dah masuk makan minum serta air kelapa yang disediaakan.
Proses membalut gula kelapa
tempat yang bersih dan tanpa bahan pengawet
Arak Ular..Good for Man katanya, tapi mat salleh kat situ cakap
"euww disgusting !!!!".
Korang jangan gatal nak try ek ARAK kot...
So kami naik boat lagi untuk ke tempat berikutnya, PULAU TEBUAN ni nama ika bagi sendiri hahaa nama VIETNAM tengok kt gambar. Sini korang akan ditujuk kehidupan lebah dan boleh merasa sendiri madu lebah fresh dari sarang hahaha!!!
Cara membuat Teh Madu Lebah, sedap beb penat-penat naik boat
dapat air segar macam ni memang ummmmm!!!
Kat sini nak beli madu pon boleh RM5 sebotol tapi ada dengar citer susah nak lepas KASTAM
hahaha
Next explore Mekong River in tradisional way guess!!!!! lawak ika nak cerita korang kene tengok VLOG ika kat link bawah entry ni ek... How my mom terjerit sebab hampir terbalikan sampan sebab mak ika truma air tapi akhirnya dia berjaya naik :).
suasana yang tenang dan indah sepanjang perjalanan lebih kurang 20 / 30 minit.
Tips: pemandu sampan akan bagi signal for TIP , Jangan bagi nilai besar pada seorang sebab pendayung 2 orang, depan dan belakang jadi pecahkan, macam kami bagi RM2 so sorang RM1. Sebenarnya lawatan ke Mekong semua tu dah masuk package termasuk bayar mereka so kira sedekahlah downg dah bawak kita kan :)
Sampai darat hehe kami dihidangkan dengan buah-buahan dan nyanyian dari masyarakat situ. So dapatlah rehat sebelum lunch.
Kami naik kereta kuda untuk ke kedai makanan halal........
With our tour guide sebab kami group last hahaha plus family paling riuh haha
kedai yang disediakan oleh agensi kami, eh egensi perlancongan hahah...
makanan dihidangkan
pembantu ibu-ibu yang setia gigih bekerja dengan ikhlas hahaha...
(with my cousin)
Alhamdulillah hari kedua selesai, balik terus ke hotel... Baru terasa penatnya huhuhu... so see you guess next entry (DAY 3 AND DAY 4)
DONT FORGET TO CATCH UP MY VIETNAM VIDEO AT MY CHANNEL
YOUTUBE KOREAN VLOG
Comments
Post a Comment