TRAVELOG I HO CHI MIHN, VIETNAM 2018 4D 3N (DAY 3 & 4)
Assalammualaikum, alhamdulillah bertemu next entry guess. ok ini hari ketiga di vietnam. Tempat lawatan untuk hari ketiga merupakan tempat sejarah which is Củ Chi tunnels dan War Muzeum.
So macam biasa pagi, jangan lupa sarapan. Kalau ikut rombongan ni lebih baik isi lah perut kalau nak kemana sebab masa lawatan takut jauh dari kedai nak nak kalau bukan negara kita : ) susah nak cari makanan.
Perjalanan ke Củ Chi tunnels lebih kurang sama nak ke mekong, sempat lah tido dalam bas sebab kami bergerak awal pagi pukul 8:00. Alhamdulillah sampai disana bas pelancong tak ramai jadi selesa nak pusing-pusing dalam dan mendengar penerangan.
Inilah keluarga baru saya masa disana semua sempoi and superb
Oh ini adalah tempt persembunyian askar vietnam, kecik je beb tambahan lagi dalam cukuplah paras macam dalam gambar tu. And guess what !! Ika orang pertama yang masuk hehehe.. satu pengalaman yang best. Sapa badan kecik .
feel-feel dalam hutan hahaha
(bukan dalam hutan ke)
muka lepas masuk terowong, ala 15 minit je tapi memang kecik muat -muat saiz kami.
riuh jugak dalam to sebab maksu ika lost lampu hahaa.
banyak terowong tau jangan tersalah masuk nanti tak keluar-keluar.
makanan ni diberi percuma dah termasuk dalam bayaran tiket. air jangan minum ek takut cawan tu
NON-HALAL.
PERINGATAN : SILA BAWA MINERAL WATER, TISU BASAH DAN KIPAS OK :)
Next station, ke War Museum . Kebetulan malam tersebut akan ada perlawana Piala Suzuki Akhir yang melibatkan Malaysia dan Vietnam. So sepanjang jalan memang banyak bendera , baju dan sebagainya dijual. Perlawanan di Hanoi, tapi kami di Ho Chi Minh dapat rasa semangat kesukanan mereka walaupun jauh dari stadium...
Alhamdulillah sampai di War Museum atau lebih dikenali War Remnants Museum .
First masuk memang otak dah setv " ok citer sejarah ni banyak" tapi bila masuk, 360 darjah presepsi itu berubah. Setiap tingkat berbeza, anda akan dibawa dari satu perjalanan kehidupan zaman peperangan dari awal hingga keakhir. Nak cerita boleh menitis air mata mengenang beruntungnya kita lahir di Malaysia . Jomlah layan gambar kat bawah
pintu hadapan
pemandangan di ruang hadapan bangunan
peperangan menyebabkan keganasan dan kerosakan tamadun manusia,
manusia menguasai nafsu sehingga hilang rasa di dalam diri.
setiap gambar menerangkan pelbagai emosi dan kekejaman.
(full view can watch at my vlog)
Sebelum balik kita posing-posing dahulu ok !............
Kemudian kami ke The Central Post Office, pejabat post tidak digunakan lagi tapi wajib masuk dalam sebab ukiran dalamnya dan luar . Klasik youuuuuuuu!!!!
Saigon Notre-Dame Basilica tengok rekaan je ok, betol-betol depan post office. Masa ni dia tengah renovation so tengok-tengok jelah macam to ek :)
Bến Thành Market sapa tak kenal kan, masa ni teruja juga tapi bila pusing , emmm ika rasa better beli kat luar kot tapi sapa yang tahan silakanlah haha. Disini tips nya mudah, tak nak beli jangan sentuh + jangan berhenti :)
Bến Thành Market
Malam tu, kami berkampung dibawah lobi hotel, buat apa? tengok perlawan akhir PIALA SUZUKI 2018. Sebelum ni xpenah layan sangat tapi kali ni aura dia lain sikit aura beb! tengok bola dinegara orang. Kebetulan piala akhir timbang balik di VIETNAM. Perlawanan akhir antara MALAYSIA VS VIETNAM. Tengok jelah suasana kat bawah ni
:
:
:
:
Kemenangan berpihak pada VIETNAM! jadi riuhnya jangan cakaplah macam mana huhuhu.
Riuh rasanya satu bandar Ho Chi Minh
Sebelum balik kitaorang berpeluang ke SAIGON SQUARE, sepatutnya pergi hari pertama tapi ditunda sebab flight kami lambat. Kalau dah pergi hari akhir dapat cuci mata jelah yop huhu. Barang Copy yang bagi ika in good price and kualiti 3/5 tengah-tengah hehehe. Sebab ika beli baju Tshirt adidas baru RM 23 so kalau ada VND 5 juta Dong korang boleh berbelanja banyak kat sini, suasana ber Air Cord di dalam dan paling penting perniaga dan penjual selesa dalam tawar menawar.
Sebelum gerak kami makan dulu di restoran Musa Kariem, bagi ika kedai ni ok sebab ada pelbagai makanan.
Akhirnya pulang ke Malaysia
bismillahhirahmanirrahim.....
Sampai di Malaysia lebih kurang 12 malam.
Alhamdulillah...
Gambar bawah ni bersama Malaysia Tour Guide (dari agensi)
Thank You Nuzha Travel make our holiday
more and more happy without stress!!
YOUTUBE KOREAN VLOG
Comments
Post a Comment