PREPARATION TO VIETNAM

Assalammualaikum,
hye guess welcome back !!!
Kali ini punya blog ika nak cerita and share persediaan ika pertama kali ke Vietnam / luar Malaysia.
Biasalah kalau dah semua pertama kali mesti semua nye perlu disusun dengan atur. Tapi ika bersyukur sebab i have my maksu and cousin who have experience about this, so tak lah gopoh-gopoh.

Ok lets start with step by step : 

1 : Pilih perkhidmatan perlancongan yang betul



credit to : google

Kami sekeluarga memilih NUZHA TRAVEL & TOURS , untuk mengendalikan percutian kami disana. Kami mengambil package ROMBONGAN. Pada awalnya risau jugak sebab rombongan ni ramai orang dan keluarga yang akan terlibat pasti macam-macam perangai. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak melibatkan ramai family dlam satu-satu rombongan. dari segi masa sangat selesa dari satu tempat ke satu tempat tak ada tekanan dan semua ahli rombongan dapat menikmati percutian dengan baik.


credit to: google

Agensi di atas ini pula merupakan agensi kedua yang link dengan agensi pertama (Malaysia). Agensi dari Vietnam ini akan mengendaliakn percutian kita disana. Bagusnya agensi ini akan membawa ke tempat yang bersesuaian dan ke tempat makanan yang halal. Apa-apa pon agensi ni ika suggest untuk korang servey untuk perlancongan korang : ).

2: Make a note or list !!

credit to : google

Ok tulis list ? mesti ada malas yang nak type atau tulis, tapi percayalah benda ni klau berpuluh kali travel pon banyak orang suggest sebab? takut termiss benda-benda packing :). Ika banyak guna kaedah ni, terutama untuk mencatat benda yang perlu dibawa dan note2 mengenai negara yang bakal ika lawati. 

3: Belajar atau research mengenai tempat yang bakal dilawati
credit to : google

Ini juga penting!!! kenapa? kalau dah masuk tempat orang mestilah tahu adat dan budaya sesebuah negara / tempat tersebut. Mungkin ada pantang larang yang boleh atau tidak . Di Vietnam boleh dikatakan ada yang perlu kita amik perhatian terutama SCAMMER   . Perkara ini ika ada cerita dalam blog sebelumnya so check out ok :). Ika banyak buat research dari blog-blog dan youtube, dan ia sangat membantu ika disepanjang percutian : ).


4: Wifi pocket
credit to : google


credit to : google

Sekarang ni dah banyak jenis wifi pocket, tapi ika rasa jenama ni jugak senang sebab korang boleh walk-in atau secara online. kalau walk-in pon senang sebab kedai ni 24 jam dan dia ada di KLIA 1 DAN KLIA 2. untuk di KLIA 2 dia betul-betul tempat kita check-in bagasi. senang :). Wifi laju, bayangkat kat sungai mekong pedalaman to pon dapat line hehehe!!... kami gunakan wifi ni kalau bepecah mudha nak contact antara satu sama lain.
di bawah ni ada alamat website , sebarang pertanyaan korang boleh chat live, memang membantu :)

website info : ROAMING MAN

5: Pembahagian duit mengikut kegunaan

official picture haneulishika90.blogspot.com

Kaedah ni tak ramai ikut sebab katanya akan membuat kita terkongkong. Mungkinlah , tapi bagi ika yang jenis boros (hehehe) better buat macam ni dan nilai nya selalu dilebihkan dari anggaran.
Guess what? senang sebab bila dipecahkan kecil senang hahaha... siap ada lebihan lagi dan lebihan tu boleh guna kat airport masa flight delay . Duit Malaysia juga jangan lupa dibawa, masih boleh diguna disana :) dan mungkin dalam flight untuk beli makanan kalau flight delay.

6: Convert App (mobile)

credit to : google

Ini wajib di download ok, memudahkan korang memahami pertukaran duit. bila dah hari berikutnya selalunya korang dah mahir ngan matawang negara yang dilawati :)

7: Wet tissues (tisu basah) and tissues (tisu kering)
credit to : google
 ini membantu dari awal hingga akhir percutian :) untuk lap muka di waktu cuaca panas, beristinjak (tandas dia airport atau tempat2 tertentu tidak disediakan air :) ) dan lap kotoran kecil.


8: Passport
official picture haneulishika90.blogspot.com
PALING PENTING
PALING PENTING
PALING PENTING
Simpan pasport dan tiket flight di satu tempat yang mudah diambil, sentiasa double check. tanpa benda ni jangan kata nak pergi luar negara, nak lepas gate check-in malaysia kat tanah air sendiri pon tak boleh :)

9: guna bag yang bersesuaian dan selesa

official picture haneulishika90.blogspot.com
guna beg yang selesa, mudah dan tahan lasak sebab perjalanan di negara orang berbeza :)

10: Hotel

official picture haneulishika90.blogspot.com

pilih hotel yang selesa dan dekat dengan tempat untuk berjalan dikawasan menarik, macam ika travel agensi amik betul-betul dekat ngan bangtan market, 5 minit je hahah bawah hotel tempat bershopping dan kedai makan halal berderet so heaven.

11: Makanan halal

official picture haneulishika90.blogspot.com

pastikan korang dah buat research tentang tempat makanan halal kalau melancong sendiri, macam ika hotel kami memang di kawan orang muslim vietnam. so kedia makan dan nak air kopi vietnam halal senang sangat cari. Kedai atas ni paling fav ika, sedap dan banyak pilihan menu.

12 : Pakaian bersesuaian


Bawa pakaian yang bersesuaian, di vietnam cuaca panas, tapi ika rasa malaysia lagi panas rasanya hehe. so ika bawa lebih baju berasaskan cotton dan serap peluh. oh ya bawa kipas elektronik mudah bawa, sangat membantu :)

12: mineral botol


credit to : google
ini air mineral yang terdapat di vietnam, bawa dan minum air lebih sebab cuaca panas dan tempat lawatan akan jauh takut hydrasi (betol ke?)... dan di ingatkan simpanlah 1 atau dua botol kosong untuk isi air paip takut toilet tidak disediakan air :). terutama airport.


13: Travel charge

credit to : google
untuk elektronik ika galakkan korang beli yang serba guna bagi negara luar, dua jenis diatas ni memang ika bawak sebab nak charge HANDPHONE, POWER BANK, WIFI, KIPAS ELEKTRONIK, BATERI KAMERA. Tempat boleh dpat benda ni dengan murah dan mudah online store , Mr Diy dan Yubiso.

Ok itu sajalah tips yang ika dapat bantu untuk tips ke Vietnam. selebihnya boleh tengok entry sebelum ni ek mengenai percutian ika ke Vietnam.

Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan