FOOD BLOG | Lemang To' Ki Terbaik !!!
Assalammualaikum dan salam ramadhan :)
Sempena ramadhan ni ada blog makan lagi hahaha.. tapi pic-pic ni diambil before ramadhan ek !! jangan kata jemah-jemah xpuasa selisih ok haha.
Kali ni punya idea mungkin boleh bangkitkna sikit mood raya gitu atau idea untuk berbuka..
Kali ni nak kenalkan Lemang To'Ki yang terletak di Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang. Terletak betul-betul sebelah jalan kalau dari KL sebelah kiri. besar dan luas tempatnya. Perjalanan lebih kurang 2 jam depend pada keadaan jalanlah kalau hari minggu pagi kurang kalau petang takut jam sikit sebab orang nak naik genting kot kan :)
ini menu fav ika setiap kali datang sini ayam bakor dengan air asam memang terangkat-angkat bila makan dengan lemang hahaha. selain lemang, dorang pon ada sediakan lauk pauk lain seperti kedai-kedai lain :)
rendang ni pun sedap, daging lembut, rempahnya pun terasa...dan lemang To'Ki yang lembut dan super lemak santannya huhu memang sedap, dua pinggan lahap :) harga bepatutan ikut berapa lemang yang nak .
besar kan tempat dia + bersih, jadi selesa lah kalau nak bawak family yang ramai. Kalau nak lemang dan lauk biasa semua layan diri, request lah nak apa terus ke peniaga, senang bukan :)
Apa-apa pon kesimpulan ika nak cakap makanan tradisional ni memang sedap dan harus dipelihara, tidak semestinya boleh dimakan pada hari raya tapi di hari biasa juga. Macam ika yang kaki pulut ni memang tsk kira hahaha.
so itu sahaja slot pendek dan huraian ika untuk kali ni, ika tak pandai nak type-type ni so dari gambar korang bolehlah tengok in real kan .
bye....
Comments
Post a Comment