TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 1 "new journey"

Assalammualaikum,
Hye Fam!!! eh terasa macam vlog hahaha.
Ok ni ika excited berbakul-bakul. Finally impian jadi kenyataan, dari tahun lepas beli tiket, tahun ni baru flight \(^○^)人(^○^)/. 

6 september tengah malam bertolak ke SEOUL , KOREA!!!! DEHAN MINGUK MANSE!!!! nampak semangat tu.


Beg mak jemah semangat merah ikut aura tokei tanah amik merah gitu..


Sebelum gerak, macam biasa double check PASPORT, TIKET (dapat di KLIA 2, sebab pergi dengan agensi jadi mereka uruskan bila tiba di KLIA 2), DUIT (RM & KRW), IC, BANK KAD dan PEN.
Ni bag pasport yang ika guna masa pergi sana, benda penting mudah capai dalam satu tempat ╰(◡‿◡✿╰)


Ika kalau travel selesa guna bag silang sederhana besar sebab senang nak letak bag pasport (shinie pink) dalam bag pasport .






 Oh ya sebelum berangkat, sila lah download APP NAVER ENG VERSION!!
WAJIB ◤(¬‿¬)◥, kenapa wajib sebab kat korea mereka hanya guna app ini yang direka khas untuk penduduk KOREA yang direka hampir sama GOOGLE.. Sebab apa GOOGLE MAP xberfungsi... sila lah rajin ke youtube 
:
:



Alhamdulillah dah dapat tiket, dah check in bag dan amik pocket wifi. So duduk lah diam-diam menunggu..




Masha Allah .. Subahanallah .. cantiknya keindahan Allah.

Semasa dalam penerbangan, anda akan diberi 2 borang pengisyitiharaan, 1 untuk individu dan satu lagi adalah untuk keluarga TAPI HANYA AKAN DIISI OLEH SEORANG AHLI SAHAJA SEBGAI WAKIL.

* note, ika syorkan korang isi sebelum turun sebab nanti gelabah sampai bawah dengan nak fikir bag nak ke tailet lah bagai. macam ika isi siap do terus je bmasuk kastam sana. 

jika tidak menerima borang ini, jangan risau sebelum sampai ke pintu kastam, ada ruangan borang pengisyitiharaan dan meja untuk isi borang tersebut. Isi ye jangan bagi kosong je  ≧◡≦

CONTOH BORANG PENGISYITIHARAAN

INDIVIDU
http://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto

KELUARGA/LEBIH DARI SEORANG
https://www.airport.kr/ap/en/index.do


INCHEON AIRPORT, KOREA
7 SEPT 2019

Welcome to KOREAAANNNNNNN.. Allah macam tak percaya berjaya sampai dan jejak kaki ke KOREAAA!!!!!


Sampai Airport kita akan naik LRT yang disediakan untuk ke keAirport utama.




Sorry guess tak sempat amik gambar airport icheon  ٩◔‿◔۶
semangat punya pasal dan masa tu kepala memamng nak cari susu pisang yang memang famous.
Apa lagi dijual dengan 1,000 KRW
Tapi sana ada promosi 4+1 so kalau masuk kedai serbaneka mereka, pasti rambang mata tapi
pastikan jangan beli sahaja, pastikan halal. Ika hanya beli minuman susu ni je yang lain tak berapa berani nak beli hehe.



BANDAR SEOUL


Inilah, gambar sempat amik masa dalam bas nak ke tempat makan sebab sampai lebih kurang pukul 10 pagi jadi terus ke tempat makan sebab dah lapar giler huhuhu. Cantik nye bandar seoul baru di awal belum keliling, semangat nak pusing seoul.


kedai STARBUCK berlambak kat sini bersaing dengan kedai coffe lain. but my fav always STARBUCK  huhu

ITAEWON

Persinggahan pertama kami adalah di kedai makan arab di ITAEWON. Untuk maklumat anda semua (wah macam pusat infomasi dah rasa hehe) ITAEWON merupakan salah satu kawasan tarikan perlancong terutama muslim. Dekat sini sangat mudah untuk cari makanan HALAL, makanan malaysia pon ada tau :) . . Disini juga terletak MASJID ITAEWON yang menjadia tarikan disini dan merupakan tempat / pusat ISLAM di KOREA.

Posing dulu wajib tau, masa di tempat oranglah sebuk nak posing tepi jalan ∩(︶▽︶)∩


KERYAN TURKISH RESTAURANT (HALAL) ITAEWON

Kedai makan kami adalah KERVAN TURKISH. Betul betul tepi jalan menghala ke masjid itaewon. bagi ika boleh ah sebab ika kurang sikit makanan arab . Sebab dia ada mayonis dan sos dalam makanan kadang-kadang. Tapi kita ikut rombongan makan jelah janji tak sakit perut  ●﹏●


Antara menu di kedai :


Alamat :192 Itaewon-ro, Itaewon 1(il)-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
Pesanan    : kebab24.kr
No.Tel    : +82 2-792-4767
(GOOGLE)

SEOUL CENTRAL MOSQUE

Siapa tidak kenal tempat ini, dekat dengan tempat kami makan, dari kedai jalan terus belok kanan naik bukit sikit dan nampak sekolah belok kiri dan terus sahaja naik akan nampak masjid ni. 




Cara nak ke sini mudah sahaja :

Naik Seoul Subway Line 6Itaewon Station  : Exit 3
:
:
Jalan straight kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. 
:
:
Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. 
:
:
Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di depan anda . 
Ini yang tour guide inform jika ingin kesini sendiri :) harap membantu.

Ada kisah lawak, rupanya dari kedai makan tadi kalau ika just terus je akan jumpa LINE SHOP TERBESAR kat Itaewon. how frust nye masa tu yelah masa tunggu bus sampai macam tak buat apa so agak frust tak dapat pergi LINE SHOP tapi tak pe, ika ada plan lain iaitu ke MEONGDONG nanti ┏(^0^)┛┗(^0^) ┓


GYEONGBOKGUNG PLACE

Tempat pertama, kami melawat GYEONGBOKGUNG PLACE. Pintu gerbang SEOUL aka istana lama di SEOUL. Masa kami sampai macam dah mendung sebab masa kami ke seoul, mungkin sedang perubahan cuaca ke musim luruh jadai kerap hujan . Tapi alhamdulillah sepanjang disana hanya hujan renyai sekejap sahaja, jadi dapatlah merasa feel di istana macam dalam drama korea gitu. Ika tak cuba hambok sebab hujan renyai jadi risau nak sewa takut kotor nanti extra charge, takpelah tiada rezeki nanti nanti ke sini lagi hehehe (make a wish).






tengok kdrama so gunalah bahasa kdrama ye hahaha nasib budak budak ni paham atau
mungkin ingat aku orang sana juga 

hahaha ngan bas pon jadi mak aku ni, layan kan jelah....

Cara ke Gyeongbokgung Palace , dari :
Seoul Subway : Line 3, berhenti > Gyeongbokgung Palace Station : exit 5


GWANGHWA SQUARE


Nak kesini dari Gyeongbokgung place pon boleh tapi jalan kaki lah sebab dia laluan panjang di tengah pusat bandar, tapi jangan risau tak kan bosan kalau ikut laluan subway sebab ada kedai-kedai jualan hehe.

Tempat kedua ialah Gwanghwa Square, tempat menarik untuk dilawati dan banyak shoot promosi korea guna tempat ni.



Ika lupa muzium yang kami pergi berdekatan situ, muzium yang menceritakan sedikit sebanyak salah silah raja di korea dan pembangunan Korea, kat sana dapat lah kami merasa buat tulisan korea gitu.

kalau tulisan macam ni pergi sekolah mau kene tibai, comot sangat berbanding tulisan yang belakang tu yang cantik-cantik hehe



Cheongyecheon Stream

Sapa yang tidak kenal tempat ni dan sejarahnya, tempat dimana dulunya kawan laluan air tercemar kemudian dinaik taraf menjadi sungai bersih ditenangah bandar moden Seoul. Pergi siang menarik, pergi malam hari pon menarik dengan lampu-lampu hiasan.













Gosami

Tempat makan malam kami di kedai Gosami, salah satu kedai halal yang ramai pelancong muslim pergi, a lot of seafod.

CREDIT TO : www.tripadvisor.com
Di sebabkan penat tidak hilang lagi dan masih macam jetlag, tak sempat amik gambar kedai dan makan yang dimakan, tapi gambar dibawah ni ika credit to owner ok! menu nilah ika makan disana. sedap habak hang, makan asli berbeza kedai korean kat Malaysia haha.
Apa yang ika makan? 

Kimichi sup
grill macherel
spicy stir squid
nasi puteh

CREDIT TO : www.tripadvisor.com


Satu-satunya gambar berjaya amik selepas perut dah kenyang dan otak kembali berfungsi dengan baik (@^◡^)


Alamat :  38 Yonsei-ro 7an-gil, Sinchon-dong, Seodaemun-gu, Seoul, South Korea

sudut pandangan dari GOOGLE :
GOOGLE
Lalauan masuk kami lalu , ikut lororng jalan berwarna merah dan jalan terus sahaja.
Nampak kedia sebeneka ni GS25 BELOK KIRI

done kedai sebelah kanan anda sahaja 
Alhamdulillah selesai urusan kami pada hari pertama, pejalanan yang panjang mengambil masa 6 jam, tiada halangan hanya keadaan hujan renyai yang kadang kali menyinggah.
Pelajaran pada hari pertama:

 - Ketepatan masa amat penting.
- Kebersihan menjadi keutamaan
- Makanan sedap hehehe




YOUTUBE KOREAVLOG

SEOUL KOREA 2019


KOREAN HAUL | PART 1 Murah ke? Banyak ni !!!


KOREAN HAUL | PART 2 FINAL Penghabis duit ku T_T


KOREAN VLOG 2019 | DAY 1 Dream come true !


KOREAN VLOG 2019 | DAY 2 TIME TO SHOPPING !!!


KOREAN VLOG 2019 | DAY 3 ALL ABOUT LOVE !!!


KOREAN VLOG 2019 | DAY 4 AND FINAL DAY T_T GONNA MISS KOREA !!!






Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan