FOOD BLOG | Seoul Garden HotPot , MyTown KL
Ha! jangan terkejut pulak ek tengok muka setempek awal blog ni hehehehe sekali- sekala.
Oklah, kali ni ika nak bawak anda semua rasa masakan korean, sapa yang tahu kedai ni tahulah ek, yang tak tahu ika nak introduce SEOUL GARDEN HOTPOT. Semestinya, SEOUL GARDEN ni dah ramai kenal, tapi tak ramai tahu mereka dah pon bukak makanan ala HOTPOT.... ini yang menarik, buat masa ni area KL ada dua je, salah satunya adalah di MYTOWN, ofcouse tempat fav ika and friends hahahaha.
Terletak ditingkat satu MYTOWN,CHERAS, betul-betul sebelah B:O Brand Outlat.
Inilah dia SEOUL GARDEN HOOOOOOTTTPOOTTTTT
Masuk je, memang lapang lagi lah sebab awal, habit kami ni sebelum jalan memang kene isi perut dulu baru neuron neuron boleh berfungsi dengan sempurna : ) .
Ok nak amik order guna ipad je, jangan pulak ada yang menunggu pelayan datang ye, atau nak marah kalau pelayan tak datang. Dah zaman moden jadi perlulah seiring ye dan amiklah masa berapa lama anda nak amik . Untuk yang pertama kali mungkin akan mentelaah dulu kot menu-menu dalam tab to hahaha...
Jangan risau lepas dah order akan keluar resit dalam ipad tersebut, so boleh lah bajet-bajet sapa nak keluar duit ヽ(´▽`)ノ
Macam biasalah, menunggu itu satu penyeksaan, jom posing dan buat aktiviti sendiri..
Ok kalau takjelas, anda akan diberi buku menu tapi tetap kene order dalam ipad yang ada kat setiap meja. So ni gambar yang sempat ika amik untuk rujukan korang semua ヽ(´▽`)ノ
Hiasan dalam yang simple dan selesa, lagu kpop haruslah berkumandang tapi kawan ika kurang minat kpop tapi kalau makan dia tak boleh tolak (๑˃̵ᴗ˂̵)و
Air yang kami order ialah Ice Peach & Manggo Tea. Sedap guess. Sapa yang takut loyer kalau makan benda ala kpop ni silalah order ni tapi buah peach tu memang menyedapkan lagi air tu (๑˃̵ᴗ˂̵)و
Pastikan anda membawa strawye tapi kadang-kadang ika lupa jugak nak bawak faktor
usia barang kali hahaha OMG!!!!
Gambar tuan tanah dengan makanan-makanannya (๑˃̵ᴗ˂̵)و ... Meriahkan ! mestilah korean food semestinya meriah . Ini makanan 2 menu untuk dua pelahap sejati.
Macam biasa side dish dia kimichi..
Member ika pilih nasi putih tapi ika pilih nasi rumpai laut, sedap yang amat..
really recommended.
Nasi boleh pilih biasa /rumpai
Ayam ginseng yang ika suka yang amat, memang dah lama teringin nak gara-gara tengok kdrama. Menu di boleh dikira sihat sebab ada gingseng dan kurma china tak salah. Jangan risau x rasa pon gingseng to sebab rasa sup ayam to lebih kuat .
Alhamamdulillah....
Lepas makan tu, baru kami deside jalan-jalan satu mall, kemudian ke Sunway Velocity yang tak jauh pon dari My Town, macam sebelah rumah je hehehehe.
Sesampai je, kami terus ushar cafe yang boleh kami lepak sebab penat berjalan dan semua penuh, dan finally jumpa cafe ni, cafe ni penuh jugak kebetulan kami sampai ada 1 meja kosong so apa lagi.......
Cafe Doutor ni ada menu pasta dan pastry so sesuai bagi sapa yang nak melepak tapi boleh menjamu makanan sederhana berat. Macam kami ni order sandwich dan hot green tea yang superb kene dengan tekak.
Harga? jangan risau mampu bayar hehehe..
Green Tea yang buat ika tergiang-giang
Seoul Garden Hotpot :
No.018, Level 1, MyTOWN KL, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur
Cafe Doutor :
Lot G-28, Sunway Velocity Mall, 90, Jalan Peel, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Sebelum tu jangan lupa untuk tengok video ok!
jangan lupa KLINK "LIKE" DAN "SUBSCRIBE"
:
:
:
Berapa habis kak
ReplyDelete