TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 2 "culture in moden era"
Alhamdulillah, jumpa lagi guesss... kembali lagi... ok kali ni nak bercerita hari kedua, bukan lupa kan blog cuma dah lama ke YOUTUBE terlupa blog yang hidup zaman study dulu hahaha. ok kembali ke jalan benar (๑˃̵ᴗ˂̵)و
(¸.·´ (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* *¨)
Hari kedua
bermula lah perjalanan yang panjang bersama rombongan, kami bertolak dari guess house pada pukul 8 pagi (waktu Korea), tempat pertama kami pergi adalah kwangjang market
(¸.·´ (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* (¸.·’* *¨)
광장시장 KWANGJANG MARKET
Kwangjang market apa yang ika baca ia merupakan pasar tradisional yang terletak di ongno-gu, Seoul, Korea Selatan. Pasar ini juga merupakan pasar paling tertua dan paling besar di Korean Selatan dengan memiliki 5000 kedai dan 20,000 pekerja. Luasnya emm haruslah besar tapi dia memang ada banyak cabang untuk masuk .
Kedai kami beli untuk makanan ringan di kedai bawah ni, tk thu apa nama sebab tulisan korea tapi bolehlah tengok lot dia yang tertera dalam gambar ₍˄⌓⃘ ˳̫̬ ⌓⃘˄₎ค˒'
Kat sini ada snack korean halal yang mudah dibeli. apa ika beli tunggu blog terakhir sebab ika akan himpun barang apa yang ika beli wokei !!!
:
:
:
ha! ternganga ikan kat situ. |
Selain tu, ada juga kedai cendermata. Pendek kata semua jenis kedai ah ada kat sini hahaha.
Salah satu kedai ni ika masuk sebab menarik dengan hasil tangan nya, dijaga oleh seorang nenek dalm usia 70 an rasanya, dia berbul dengan ika, dia ingat ika orang korea sebab cara cakap . Bila kata bukan dia ingat orang Vietnam pulak . ALAMAK hahaha!!! bila kata orang Malaysia dia kata KLCC . Baru dia tahu hehehehe. Nak tahu mana ika cakap korea, takdelah fasih cuma kan banyak tengok drama korea jadik terkeluar ah bahasa Kdrama hahaha.
cendemata dari kedai pertama ajumma yang peramah <3 |
Kedai kedua pulak ada jual barang cendermata, beli je kalau nampak kedai hahaha tapi tak lah semua sebab tak semua kedai sama q(❂‿❂)p
Macam ika kata tadi kat sini ada pelbagai kedai, sini ad juga kedai kain cotton, so siapa giler cotton ha sinilah tempatnya. Harga 4 meter 10,000 won. So bagi ika murah lah berbanding kat Malaysia dan kain dia agak sejuk sikit berbanding di Vietnam .
Mak-mak dan kain tak dapat dipisahkan! |
May Family, mom..dad..maksu dan cousin
sapa yang bershopping (づ。◕‿‿◕。)づ
Posing akhir sementara tunggu bus, oh ya nak inform.. Budaya Korea, kenderaan tidak boleh berhenti di bahu jalan melebihi 5 minit jadi memang tak nampak lah kereta berhenti di bahu jalan so nampak cantiklah pemandangan disitu haha dan bus yang amik kami memang tetapi masa untuk setiap perhentian kami and i really respect this culture.
남대문시장 NAMDAEMUN MARKET
Perhentian kedua merupakan Namdaemun Market
Betul-betul berdekatan pintu gerbang NAMDAEMUN. Kalau takut sesat boleh rujuk peta dari google dibawah ni. Tapi rasanya tak akan sesat hehe . Yang penting kene ingat laluan masuk mana, pasar ni pon jenis terbuka laluan nya jadi tidaklah serabut dan mudah untuk berjalan :).
kredit : google |
Oh ya kalau kesini jangan lupa beli gula-gula tarik, ye kat Myeongdong juga ada jual tapi perisa berbeza (Almond, choc &Fruit), macam kat sini ada satu perisa extra warna purple ika tak ingat apa rasa dia sebab ika cuma beli perisa coklat, oreo dan almond. Di myeongdong ada perisa extra iaitu buah-buahan dan ia sangat sedap. harga satu kotak 7,000 won.
Berbalik di kedia ajumma ni, inilah yang ika beli :
Gula tarik
Macam nilah dalamnya, lembut bak kapas betul, makan satu memang tak cukup.
Ni paling sedap and superb duper sedap, hirisan kering oren disalut dengan coklat puteh dan disimpan dalam peti ais. Produk keluaran JEJU. i so love ittttttt ok.
Tak salah harga 14,000won (rasalah tak ingat tapi harga dalam belas jugak )
Wajib try wajib beli tak rugi
Dalam dia pack kecil sahaja memang sekali makan nak lagilah hehe.
Kedai ajumma ni jugak ada oren fresh jeju, tak tambah gula memang sedap dikala jalan banyak. Bagi tenaga dan menyegarkn sejuk batu lak tu dia letak dalam peti ais hahha.
You Guess need try ... recomended...
Kat sini juga bersepah-sepahlah kedai kosmetik dengan sale-salenya, so jangan risau kalau terlepas mana-mana kedai ye. Jalan tak sampai 10 langkah dah ada kedai kosmetik skincare . Maklumlah negara pengeluaran skincare .
Tengok mak ika bangga posing haha. mungkin lepas ni kami boleh jual produk skincare korea pulak haha. |
Tengok FACE MASK yang berlambak macam jual ikan hahaha.
Kemudian kami ke sebuah mall , lupa pulak nama dia. Tapi bangunan dia warna oren. Kat sini semua barang ada, dari benda asas hingga perhiasan. Harga berpatutan.
Bagi sapa minat swarovski, ok pergi lah kedai area ni no 586, sini memang ramai orang malaysia datang sebab harga murah dan penjual dia ramah hehe. Kedai lain kalau korang just just nak tengok tak pe tapi jangan sentuh dan tak beli, itu boleh bikin marah hehehe.
Kedai kedua untuk beli oleh-oleh , kebetulan ada staff budak malaysia yang 3 tahun dah stay sana
membantu owner situ. so bila dah speaking melayu, banyak lah borongnya hehe.
명동 MYEONG-DONG
Inilah masa yang ditunggu-tunggu, tempat pujaan ramai tatkala ke KOREA... Myeong-dong.
Syurga skincare, pakaian dan street food plus tempat ber #OOTD.
Gambar ika amik ni dari EXIT 3 station meongdong. seberang je Exit 7 keluar di UNIQLO
dimana terletaknya Myeongdong market. Myeongdong ni banyak cabang ok, cuma hari kedua kami dari Exit 3 sebab nak g lunch di KAMPUNGKU
Ni EXIT 3, keluar dari sini belok kiri naik bukit sampai nampak Hotel Pasific dan terus ke atas akan nampak HALAL MARKET dan sebelah dia kedai KAMPUNGKU
My Fav cartoon LAVA
Laluan bukit ni nampak HALAL MART dan sebelah tu kedai makan Malaysia KAMPUNGKU
Kalau pergi Myeong-dong terasa lapar dan tak tahu nak makan kat mana! ha
sinilah tempatnya, melepas rindu tekak Malaysia.
Depan kedai KAMPUNGKU, ada kedai air daboba, ala gula merah yang bulat bulat tu, ika bukan peminat dia tapi sepupu memang suka air berasaskan benda bulat-bulat tu hehe.
Jangan risau ada sijil HALA KOREA .
Apa ika boleh cakap kedai ni memang sedap air daboba dia, susu pekat lemak ngan gula merah dia, memang betul lah cafe korean ni sedap sebab barista sendiri yang buat hehehe.
Dalam perjalanan turun nak ke Myeong-dong, ternampak LAVA lagi, so jangan lepaskan peluang nak pergi posing haha.
Kalau takut sesat jangan risau, dekat situ ada kaunter pertanyaan dan para sukarelawan memakai baju t-shirt merah. Mereka ni bolehlah speaking English. Masa ika pergi tak nampak pulak, mungkin dia ada kat cabang bedekatan LOtte Mall. Tapi boleh je korang redah janji ingat kedai datang tadi. memang enjoy jalan kat situ. Cuma malam je buzy sebab ada street food kan :)
kredit : google |
Sempat lagi posing kat tangga ok haha!! Kat Malaysia takdenye, tapi kalau nak posing pastikan laluan tak sesak ye sebab orang sana jenis cepat, jalan pon cepat haha.
Ground floor shopping between EXIT 3 dan EXIT 7.
Ha sapa giler shopping stoking, ni 10+1 10,000 won sahaja ok!! apa lagi rembat lah ahha.
Masa kitaorang sampai cuaca agak gelap dan beberapa kali ribut angin, so agak bahaya kalau nak jalan. tapi rezeki kami sejam jugak keadaan ok so boleh lah jalan.
Kami masuk melalui cabang ada banguna UNIQLO dan NATURAL REPUBLIC.
Ok EXIT 3 dan EXIT 7 tiada subway cuma ground floor shopping. kene g EXIT 5. nak senang ikut tepi jalan akan nampak station subway lagi satu . Selalunya Exit-exit ni sebelah sebalah je. Exit 5 berdekatan dngan Kedutaan China, so jangan terkejut kalau banyak polis tapi mereka ni baik ok je nak tanya kalau sesat sebab ada yang boleh speaking sikit-sikit, macam kami hari tu polis muda to siap hantar ke station sebab lorong kami lalu agak sunyi pada waktu malam.
Tempat pertama kami pergi adalah Kedai Tony Molly, sini memang tak pelik, hari-hari dengan sale nya..kopak kalau duduk sini, tapi rasa mereka dah muak ngan sale kot haha.
tengoklah ayah den sempat lagi tolong promosi haha adoi |
Inilah Myeong-dong syurga shopping huhuhu. Kalau minat FILA, sini memang berlambak. Kasut jenama pon berlambak, tapi kalau yang saiz macam ika 6 keatas dan nak kasut ala-ala awek korea! sila redho jika saiz tiada sebab sini saiz wanita kecik hehe. So ika nasiblah dah dapatkan PUMA BTS limited edition kat Malaysia kalau tak kempunan mengharap Korea sedih ah huhu.
Next stop adalah Banila Co, fav skincare ika. Ika pergi sana memang borong yang tak ada kat malaysia mahupun tripal murah, kalau ikutkan hati mauk habis je duit haha tapi masih ingat dunia
(っ´ω`)ノ(╥ω╥)
Niat dihati memang nak singgah cat cafe ni tapi masa mencemburui kami, dapat amik gambo pon takpelah ek meow meow oppa hehe, tahu oppa sbab suara garau ucap "kamsamida"
(=①ω①=)
Alamat : 8 5 Myeongdong 8-gil, Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea |
Yes ini yang dinanti terutama bagi fan BTS macam ika ni, memang akan masuk LINE FRIENDS untuk borong barang BT21. Yes i #ARMY hahaha.
Bear ni kalau tak beratur panjanglah nak amik gambar dengan dia tapi kebetulan kosong, apa lagi berposinglah tanpa henti haha.
1하나..
2둘...
3셋..
:
:
:
Beratur panjanglah mereka .. tapi cepat je cashier dia so dont worry be happy
Naik je belon-belon BT21 dah disajikan memang crazy ah beb!!!
Apa-apa pun posing dulu itu yang penting ok!!!
More action nanti tengok dalam YOUTUBE CHANNEL IKA OK!!
Dah habis membuang duit simpanan ika di Line Friends, keluar tu terserempak pulak dengan OPPA-OPPA BTS.. (˘∀˘)/(μ‿μ) ❤
So Happy..
Cara nak ke Myeong-dong:
Subway
Euljiro 1(il)-ga Station (Seoul Subway Line 2) > Exits 5, 6 & 7.
Myeong-dong Station (Seoul Subway Line 4) > Exits 5, 6, 7 & 8.
Euljiro 1(il)-ga Station (Seoul Subway Line 2) > Exits 5, 6 & 7.
Myeong-dong Station (Seoul Subway Line 4) > Exits 5, 6, 7 & 8.
Kalau lalu ground floor shopping ika prefer exits 3 (kampungku) dan exits 7 (meongdong market dekat dengan Uniqlo) .
Dongdaemun atau DDP, memang terkenal dengan tempat nak amik gambar dan tempat KOREAN FASHION WEEK diadakan. Sini juga ada pasar raya dan mall yang boleh korang cuci mata atau menghabiskan duit dengan gaya fashion KOREAN .
동대문시장 DONGDAEMUN
Dongdaemun atau DDP, memang terkenal dengan tempat nak amik gambar dan tempat KOREAN FASHION WEEK diadakan. Sini juga ada pasar raya dan mall yang boleh korang cuci mata atau menghabiskan duit dengan gaya fashion KOREAN .
hujan-hujan tetap berposing |
mula-mula ingat air arak tapi rupnya air ala-ala 100plus sebab ada jual kat HALAL Market haha |
Inilah dia kegembiraan para pembeli belah dengan barang-barangnya, bertungkus lumus memasukkan dalam bag nanti (⌒_⌒;)
yang paling depan selonggok to ika punyalah hahahaha |
Kebahagiaan bila TATA on My Plastik Bag |
(*˘︶˘*).。.:*♡
Alamat : Euljiro 6(yuk)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea
Jalan sedikit. 3 min dari Dongdaemun Station (Seoul Subway Line 1, 4), Exit 1
BLOG KOREA
KOREAN DAY 1 :
YOUTUBE KOREAN VLOG
Comments
Post a Comment