TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 3 Part 1 "natural love"


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, berjumpa lagi, ye ye memang setiap ahad ika akan type blog mungkin banyak cerita rasanya nak dikongsi, hehehehe. Ok hari ni punya blog Hari ke3 ika di KOREA. Tempat lawatan kami adalah tempat wajib sapa datang ke KOREA, tempat yang menjadikan korea tempat terkenal iaitu NAMI ISLAND / NAMMISEON ISLAND . Kini Nami island telah di iktiraf menjadi NAMARI REPUBLIC. Mula terkenal dengan drama WINTER SONATA. Cerita yang banyak merundum jiwa gitu huhu

Pelakon cerita WINTER SONATA kegilaan ramai 2000.
sumber : google

scene Winter sonata kebanyakankan berlatarkan suasan Nami island yang indah.
sumber : google

NAMI ISLAND /  남이섬 NAMMISEON ISLAND 

Memandangkan nami island ni sangat besar, korang  boleh ah study peta dibawah ni atau amik pamplate  tentang nami island di pintu masuk nak naik feri nanti

peta Nami island

pintu gerbang Nami Island

Kalau nak ke seberang Nami island ada dua cara 1 naik feri lagi satu naik ZIP line yang harga agak mahal dan kene tunggu. Asalnya ika dan sepupu nak naik Zipline tapi cuaca hari tu dan angin tidak mengizinkan sebab kami kene tunggu lama so decide naik feri sahaja , lagi pon ok je boleh tengok sekitar Nami Island.

ZIP Line
Untuk naik Feri kene beratur dan beli tiket di pintu gerbang IMMIGRATION.
Nak pergi toilet ada je sebelah kaunter tiket. Oh ya !! diingatkan, kalau pergi ke korea pastikan bawak botol mineral kosong kemana sahaja supaya senang nak ke toilet. Tapi toilet bersih dan wangi so dont worry. Siap ada Buku untuk baca dalam Toilet haha.


Tour guide kami sedang memberi taklimat tentang jalan dan hotspot bila sampai nami island nanti.


Nampak sebelum naik sempat posing dulu ni wajib haha!!٩(◕‿◕。)۶


Nampak semangat anak Malaysia, pergi mana pon nampak bendera Malaysia pakat nak amik  gambar
hahaha


Dan aku acah-acah hipter cover cun atas kapal hahahaha


Bila sampai apa lagi berposing kat depan pintu gerbang, pintu masuk masuk utama Nami Island.


Sebabkan datang musim luruh so nampaklah pokok yang daunnya kekuningan. Tapi masa kami nak pergi tu dalam proses peredaran nak ke musim luruh, so panas hujan saling berganti, jadi pemakain macam kat Malaysia je.



Kat sini ada ladang burung ostrich jangan pandai-pandai bagi makan ek sebab diowng ada penjaganya nanti cirit pulak burung ni salah makan huhuuuuuuuu...

muka macam tak puas hati je ostrich ni ? ke nak join amik gambo sekali !


Sindrom mak-mak, mana-mana pergi nampak pokok nampak sayur mesti kene posing hehehe
tak pelah janji bahagia mak!!!


i told you


Just love this architecture 


Family picture


Meja ni wajib, nak feeling WINTER SONATA punya pasal kan!!!
Tapi meja ni banyak je cuma kene pandai carik, yang ika amik gambar ni masa kat depan-depan laluan pertama.



Kat sini kalau rasa nak beriadah berjalan kaki pon boleh sambil lihat alam sekitar, nak buat aktiviti pon boleh contoh macam family yang ikut rombongan kami ari tu, naik basikal keliling tempat tu.
Tapi banyak je aktiviti yang boleh korang rasa .
Nak tahu apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Nami Island klik link ni ok :




Nampak keindahan alam masha Allah, cantiknya tanpa pencemaran dan suasana akan berbeza mengikut musim.






Ini pon tempat posing paling wajib, sebab kami datang pagi tak ramai lah : )


Kat Nami Islan ni wajib korang rasa Hotteok, madu dgn kacang sun flower. penat berjalan memang syok lah makan. ika order hotteok 1 (menyesal xbeli lebih hehehe sedap ) + strawberry bland.
Hilang rasa penat tau huhu!!!
KEDAI : HOTTEOK SNOWMAN PANCAKE



Ayuh marilah berposing sebab kat KL tak ada pokok ni kan huhuhu



Antara pameran seni di Nami Island :



Kalau nak makan boleh ah makan di kedai ASIAN CUISINE
memang terkenal dengan pelancong muslim, kedia ni besar ada tempat untuk kana-kanak main dan tempat solat .



Lama juga kami disana , Alhamdulillah dapat menikmati keindahan alam walaupun hari sebelumnya di bandar sahaja. Rasa tenang dan bagus untuk aktivi keluarga dan pasangan. Tapi jangan lupa jaga kebersihan tak kira dimana jua.

BLOG KOREA 
KOREAN DAY 1 : 

KOREAN DAY 2 :


YOUTUBE KOREAVLOG

SEOUL KOREA 2019


KOREAN HAUL | PART 1 Murah ke? Banyak ni !!!


KOREAN HAUL | PART 2 FINAL Penghabis duit ku T_T


KOREAN VLOG 2019 | DAY 1 Dream come true !


KOREAN VLOG 2019 | DAY 2 TIME TO SHOPPING !!!


KOREAN VLOG 2019 | DAY 3 ALL ABOUT LOVE !!!


KOREAN VLOG 2019 | DAY 4 AND FINAL DAY T_T GONNA MISS KOREA !!!





Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan