Bercuti Di Bandung Hari ke 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,
Apa khabar semua, alhamdulillah kembali lagi kita ye .
Kali ni ika nak kongsi percutian ika sekeluarga ke Bandung, Indonesia !!! kali ni ika bawa sepupu belah mak ika pula we call her 'TANA'. Dia tua setahun dari ika so kepala kami agak sama dikala putus urat hahahaha (๑˃̵ᴗ˂̵)و .

Kali ni trip adalah 100% perancangan sendiri. Jadi ika ditugaskan untuk merangkak perjalanan dan pembilian tiket. Ok tips ika emm nak tiket murah beli 6 bulan awam so masa ika nak pergi bandung ika beli 6 bulan awal dengan harga RM216. + sekali ngan semua service  bersamaan RM 1775.53

kredit to : google
Pilihan pembelian tiket kapal terbang , ika memilih Air Asia. Murah dan selesalah, lepas book ika akan boleh tengok update dia mobile apps je dan ika check in pon menggunakan mobile apps je .
Nanti bila dah sampai scan je bar kod kat kaunter bag ..DONE SIAP!!!


Nah muka ceria semua hehe.. Fligh kami 11.55 tengah hari so jangkaan sampai lebih kurang pukul 2 lebih macam tu sebab dari Malaysia ke Bndung 2 jam lebih je : ).


Jangan lupa bawak bag pack kecil untuk letak benda asas dan paling penting Tiket dan Pasport

(。・ω・。)ノ♡


Jangan lupa juga tukar duit siap-siap takut keluar kat sana lebih mahal .

Sebab tak sarapan ika belilah makanan dalam flight takut perut masuk angin kan hehehe . Harga rm10.50 tak salah. Sebab ika xbook so ikutjelah menu yang tinggal.


Sebelum turun fligh sila isi borang ini dahulu ye dan seperti biasa pegang elok untuk diberi pada pihak imigresen sana.


Alamak tertutup muka sepupu hehe, alhamdulillah kami tiba di HUSEIN SASTRANEGARA INTERNATIONAL AIRPORT. Macam airport Vietnam cuma dia kecik sikit yang meminta kita bergerak sendiri hehe. tak jauh pon dia kecil  je ketiak pon tak sempat peluh  ₍˄⌓⃘ ˳̫̬ ⌓⃘˄₎ค˒



Sampai dibandung kami disambut super kami yang 6 bulan awal juga kami book haha. Pak iwan namanya. Pak Iwan ni dah biasa dengan family ika sebab ika pon kenal Pak Iwan dari Abang sedara dan Maksu yang dah kerap ke Bandung.

Restoran Simpang Empat

Sebelum sampai ke hotel kami makan dahulu, so Pak iwan suggest di restOran nasi padang yang berdekatan dan ramai orang ke sini. Nama kedai ' Restoran Simpang Empat".


Inilah menu yang kami makan, cara makan nasi padang ni, amik lauk yang korang makan sahaja dan dia akan kira ikut lauk yang disentuh. Macam ika hari tu kami makan dalm 3 4 jenis lauk je sebab xmampu nak habiskan semua haha  walaupun sikit rugi kalau tak habiskan. So elakkan pembaziran, pilihlah mana yang nak makan.


Ini kulit lembu, firstime ika makan. Staff kedai tu suruh cicah dengan kuah masak lemak. So i try it and emm sedap gak hahaha.

Rumah Sulam Kana

Sebab masih awal, Pak Iwan bawak kami pergi shopping dahulu, ini tak ada dalam perancangan haha tapi bolehlah nak beli buah tangan. Kedai pertama adalah 'Rumah Sulam Kana'.


Nampak rambang mata dengan cotton ala corak style batik indonesia, disini jual 2 meter 2 meter so boleh mix and match.

Rumah Sulam Hj Ahmad

Kedai kedua 'Rumah Sulam Hj Ahmad', sama je and harga lebih kurang. Mana-mana pon boleh beli. Ika beli sepasang je dan selebihnya nak tengok kat Pasar Baru'.



Ternyata akan rambang mata saat melihat kain yang menarik dan harga yang tripal menarik hahaha..

WIN Perfume


Kedai terakhir sebelum check in ialah 'WIN Perfume' Kedai ni menjual pelbagai pati perfume yang ada kat pasaran, korang boleh beli kat sini dengan harga yang berbaloi dan dapat bauwan ori .

Hotel Dpalma Bandung

Kami menginap di 'Hotel Dpalma Bandung' 
AlamatJl. Gatot Subroto No.41, Malabar, Kec. Lengkong, Kota Bandung, Jawa Barat 40262, Indonesia
No Tel+62 22 7312162

Alhamdulillah kedudukan startegik sebab dekat dengan kedai makan dan cafe hipter untuk lepak malam. Jangan risau semua halal dan kedai yang tak halal mereka wajib inform di papan tanda. 

ruang menunggu

bilik keluarga untuk 4 orang

kemudahan 1

kemudahan 2

kemudahan 3

kemudahan 4

kemudahan 5

kemudahan 6
Bakso Boedjangan

Malam tu kami berjalan sekitar hotel dan rasa teringin nak try bakso, so kami try kedai ni namanya 'Bakso Boedjangan' Bolehlah cuma terkejut bakso dia ada macam2 jenis. Oh ya di sini kalau nak pesan air sila bagi tahu "gulanya dikit' bagi yang tak minum manis sebab tahap kemanisan dia emmm sedih hahaha.


menu



suasana kedai

baksi biasa yang bagi ika enak bangat sebab simple dan supnya nyaman

Martabak Sanfrancisco

Lepas to kami ke kedai Martabak Sanfrancisco. Martabak yang terkenal. Nampak menu dia, juling tahu, tapi portion dia memang besar walaupun SMALL SIZE....


Pertama kali makan pergh isi dia mampat juice wallahualam sedap, sapa yang pergi bandung wajib pergi kedai ni, xrugi sedap giler harga murah kalau nak di convert dengan duit kitalah. Lepas  to setiap malam kami wajib beli buat makan sampingan haha.

Ngopi Doeloe


Sebab malam masih awal kami lepak di kedai cafe ni dahulu, suasanan santai boleh tengok anak muda ramai lepak, ada study ada yang sembang-sembang pendek kata maju dah anak-anak muda di Bandung . Ok sampai disini sahaja Blog hari pertama . Jangan lupa untuk tengok YT ika link dibawah :

BANDUNG VLOG ;

FILM
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=d-7E7yivrAI

BANDUNG PART 1
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=igigUZPoFUw

BANDUNG PART 2
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=k5x_43FG0Ws&t=43s

Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 1 "new journey"

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan