Bercuti Di Bandung Hari ke 2
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum
Alhamdulillah masih diberi masa untuk menaip lagi di ruangna blog ni. Rasanya masa ika publish entry ni kami rakyat Malaysia telah di ishtiharkan 'PERINTAH PENGURANGAN PERGERAKAN' dimana anda diminta duduk dirumah atau kekal dikawasan dimana anda berani bagi mengurangkan dan mengesn COVID -19. Nak ika cerita panjang pasal COVID 19 ni ika bukanlah pakar so korang boleh ke EN GOOGLE lahkan.
Ok kembali ke blog ika akhirnya dengan masa terluang sepanjang 14 hari ni dapatlah ika penuhkan blog dan vlog ika : ).
Hari ke 2 kami ke DUSUN BAMBO, Bandung Jawa Barat, Indonesia.
DUSUN BAMBU
perkara pertama wajib amik gambar haruslah di pintu gerbang pertama, para supir (pemandu) peribadi akan hantar di sini sahaja ye untuk kita beli tiket semua. Thanks to Pak Iwan for nice picture ㅋㅋㅋ.
sebelum bergerak pastikan anda membeli tiket dulu ye , harga untuk orang dewasa adalah RP 30,000. Boleh dapatkan set sekali ngn juice tapi tak ingat harga sama ke tak (▰˘◡˘▰).
tempat menunggu kebetulan jumpa orang Malaysia ha! bersembanglah kita ye dah macam sedara hahaha. Pengangkutan yang disediakan amat selesa dan bersih, sepanjang perjalanan anda-anda dapat menikmati suasana nyaman dan indah alam semulajadi dan pokok buluh disepanjang perjalanan. Ika galakkan nak ke sini bertolaklah awal pagi ye sebab perjalanan dalam bandar pon boleh sesak hehe, so sampai Dusun Bambu cuaca masih redup2.
Kalau takut sesat jangan risau, ada penunjuk arah, tengok peta macam kecik kawasan ni tapi bila masuk kawasan dia Allah huakhbar. Besar bangat sik (tiba-tiba bahasa indonesia ㅋㅋㅋ).
Kawasan yang diliputi hutan yang masih terlindung amat sesuai untuk santai bersama keluarga dan rakan taulan.
Bagi yang suka OOTD ini adalah salah satu tempatnya, dengan keindahan alam dan cahaya pergh!! natural light memang membantu .
Ha betul tak banyak tempat untuk OOTD dan korang bolehlah menunjukkan bakat posing dan edit, macam ika yang posing pakat posing je ini jelah yang mampu hahaha...
Inilah kawasan yang jadi treadmark.. seperti rumah terapungkan? rumah ini dibina membolehkan tetamu bersantai atau makan minum yang dibeli di gerai berdekatan dan akan dibawa ke rumah tersebut. Sebabkan kami ingin makan restoran tempatan so amik gambar dan menikmati keindahan jelah kan .
KAMPUNG DAUN
Akhirnya inilah antara salah satu restoran yang ika senarai pendek yang ika nak sangat cuba bila sampai Bandung. Kenapa ika minat nak try kedai ni? sebab suasana dia menggunakan tema " ALAM SEMULA JADI".
Sebelum masuk ke dalam pastikan korang buat tempahan di sini dahulu sebab para pelayan akan beri tahu tempat atau meja yang bersesuaian dengan bilangan yang hadir. jangan risau semua meja dia superb cantik dan selesa. Dah dapat no meja bolehlah korang
macam ika dengan family cuma 4 orang jadi tempat ni dah selesa untuk 4 orang.
desert |
desert kami goreng pisang cheese.. ika kurang minat tapi boleh lah 3/5 hehehe
pecal |
pecal 4/5
Selepas makan kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Floating Market.
FLOATING MARKET
Dalam kawasan ni korang boleh nikmati pelbagai budaya indonesia dari kraf tangan sehingga makanan. Walaupun idea ini diambil dari mekong iaitu sungai mekong tapi mereka masih mengekalkan tradisi indonesianya untuk tatapan pelancong.
ruangan Jepun |
Floating market tempat jualan dan tempat untuk makan. |
Jangan risau di Bandung dimana-mana tempat tumpun pelancong tempat solat sentiasa ada, so bawa telekung untuk lebih selesa :)..Sebelum masuk Floating market jangan lupa beli token dulu sebab jualan dan permainan yang disediakan hanya menggunakan token yang disediakan ok. Jangan melilau maik masuk je hehehehe.
air yang boleh ditukarkn dengan tiket masuk ! PERCUMA |
FARMHOUSE
air susu (choc, starw, milk) PERCUMA yang ditukar dengan tiket! |
Kalau korang teringat cerita HOBIT dan tidak mampu untuk keluar negara ke tempat asal pengambaran HOBIT! jangan risau kat Bandung ada Ok!!!
design sekeliling ala Eropah |
say cheesee |
pintu rumah bang HOBBIT datang jauh tak ada pulak haha!! |
my cousin my twin |
Sebelum gerak ke rumah kami singgah ke RUMAH MOOD, disini ada pelbagai jenama yang dijual dengan harga yang berpatutan. macam ika kat sini asalnya tak nak beli apa tapi pakat nampak murah haish amik tak ingat dunia kejap hahaha
dad dinner haha |
mak dan sepupu order menu yang sama.. nasi !!! |
me? maggi sup hahaha.. |
Keep in touch for next blog ok ....ada lagi tau cerita Bandung belum habis...
sementara to boleh terjah my youtube channe about Bandung
BANDUNG VLOG ;
FILM
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=d-7E7yivrAI
BANDUNG PART 1
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=igigUZPoFUw
BANDUNG PART 2
LINK : https://www.youtube.com/watch?v=k5x_43FG0Ws&t=43s
BLOG
Part 1 : http://haneulishika90.blogspot.com/2020/02/travelogue-i-bandung-day-1.html
Comments
Post a Comment