Bercuti Di Bandung Hari ke 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum,
hye guess, alhamdulillah masih ada masa untuk membuat sambungan blog dibandung. Maaf ye semua sebab sekarang tengah strungle dengan life sendiri hehe. I more active in youtube channe so dont forget to check out my channel ok YOUTUBE

Pejam celik pejm celik dah hari Ke-3 oh no cepatnya masa berlalu. Hari ke-3 kami ke Kawah Puteh huhu....oH ya sapa sezaman dengan ika, korang mesti ingat cerita my heart kan? ha kat sinilah tempat diowng berlakon.. cerita time tu feel habis dengan irwanshah hahaha.

salah satu part dalam citer MY HEART MOVIE

KAWAH PUTEH


Sebelum masuk, ha nampakkan park gurd setia menanti hehe, harga untuk masuk dah tertera kat depn pondok tu. Boleh beli mask muka juga disitu. Kenapa nak pakai mask muka? sebab bau gas di gunung berapi ni masih ada , cuma masa hari ika pergi hujang renyai sikit so kurang bau gas to. Tapi mask ene pakai juga ye !!..


Dah sampai atas ad tempat photobooth ah gitu, lepas tu korang boleh ah bagi seikhlas hati kat jaga booth ni, this mouse to cute ㅋㅋㅋ


Posing lagi ni thank you Pak Iwan always be great cameraman .... 
Gambar bawah ni pula kami explore sendiri, ada disediakan jruru gambartapi kene bayar tak salah 10,000 rupee (mungkin berubah ikut keadaan (*^U^)人(≧V≦*)/ )

keadaan tidak terkawal bila keseronokan melanda

allahuakhbar cantiknya keindahan alam yang tidak tercemar

laluan masuk ke tempat sebenar Kawah Puteh

ala-ala posing terkejut gitu haha!! 

posing tunggu jodoh gitu..ala ala drama MY HEART.

family foto say cheesee

neuron-neuron berkembang terlalu banyak inilah jadinya haha

ada satu kedai dipintu masuk/keluar (tempat yang sama) ada jual barang buatan dari kawah puteh. TIDAK DIGALAKKAN
BAWA MASUK FLIGHT OK SEBAB ni bahan mudah terbakar, yelah waaupun tak terbakar tapi bahan ni mungkin beri kesan pada pemanasan keadaan kapal terbang atau tidak lepas keselamatan kapal terbang. hehe
Lepas penat beraksi di di Kawah Puteh dan menghirup udara segar sepanjang menyusuri hutan bukit kawah puteh, kami singgah makan tengah hari di kedai Saung Gawir. Kedai direkomendasi oleh pembawa kami. Serius sedap semua lauk dia, terutama sambal dan ayam. menu dia nama masakan jawa ika tak ingat apa tapi ika sediakan untuk rujukan korang semua dibawah.

SAUNG GAWIR

Ini gambar depan kedai, ika tak sempat nak amik sebab kelaparan sangat kan hehe

bismillahhirrahmanirrahim...

ni antara menu yang terdapat dikedai ini, kalau tak tahu nak pilih mana! jangan risau pelayan disana sedia membantu :)



ni suasana kedai dibahagian tempat ika duduk, ada tempat duduk diluar mengadap bukit, boleh Google untuk maklumat lanjut.

inilah menu untuk 4 orang makan, sambal kicap dan sambal di tengah ayam goreng kampung tu memang superb, keropok puteh to memang sedap, kami beli kat pasar lagi bawak balik haha.

ika lupa ni nama apa, tapi macam otak2 versi bandung. serius sedap sebab isi ikan dia montok haha. siap beli lagik 20 untuk ika sorang je haha
Lepas makan kami meneruskan perjalanan kami ke Glamping Lakeside Rancabali, masa perjalanan ke situ dari kedai makan adalah sejam juga sebab masa kesana hujan lebat dan alhamdulillah bila sampai hujan reda , lepas tu apa lagi memang sejuk ah atas bukit :) untuk masuk ke sini bayaran ialah 10,000 rupee (melalui jejantas) ada juga aktiviti go cart dan kayak tapi tu harga ika tak tahu sebab niat nak naik kapal ni je tengok pemandangan dari bukit tinggi. Masha Allah dia punya cantik pemandangan cantik sangat dengan angin sejuk. sempat lah pose titanic sendirian T_T. Nak tahu lebih lanjut pergi ke YOUTUBE CHANNEL IKA OK > link 


                                     GLAMPING LAKE SIDE RANCABALI

tempat untuk OOTD 
Jambatan untuk masuk ke kapal, kalau balik kene lalu ladang teh di bawah hehehe.


ok sambung pose titanic sendirian T_T
Sepanjang turun ke bawah, korang boleh lah singgah ldag teh serta strawberry, kat sini dapatlah rasa lagi feeling ala cameron kita, cuma masa ika pegi tu sejuk sikit feel-feel lah sikit haha. Dibawah ni salah satu kedai yang ika pergi melawat. Oh ya sapa yang nak feel amik pic ladang teh jenis tanaman bertingkat ! jangan risau, sepanjang perjalanan ada je port cantik, kalau tempat selamat untuk berhenti , pergilah posing haha, ika tak sempat sebab hujan lebat masa tu.

LAMBOOBERRY


topi ni dia bagi sekali feel ala peladang haha

sapa nak teman saya -_-

pose itu penting lepas tu baru memetik
Selesai memetik membeli teh semua kamu ke Grutty, Cibaduyut. Tempat ni macam shopping Mall, kebetulan menghala ke tempat penginapan so singgah cuci mata, kat sini bolehlah cari barang kulit, bag, kasut, baju dan lain-lain. Disini juga ada disediakan Surau so jangan risau ok :) tak sempat nak amik gambar sangat sebab waktu tu hujan lebat giler macam kelang kabut disitu dan kami pon dah terkena hujan so jalan cuci mata jelah hehee.

GRUTTY, CIBADUYUT


Selesai semua putar-putar akhirnya kita ke tempat idaman semua wanita terutama mak-mak hehehe iaitu BANDUNG EXCLUSIVE.

BANDUNG EXCLUSIVE

Tempat yang kami pergi ni berdekatan dengan jalan charmplace. Ha masa ni sapa peminat lace disini boleh dapatkan lace berkualiti dengan harga murah, cantik dan lembut. Mak kata murah berbanding Malaysia. Part ni mak-mak je tahu.


nampak, mak dah rambang mata,cakap je nak mana akan di padankan di patung untuk mudahkan pelanggan memilih
layanan memang terbaik, kita pun tak stress
Akhirnya hari ketiga berjaya dengan jayanya, kebanyakan hari kami tidak dinner sebab lunch pon lewat dan menu lunch memang mengenyangkan. So malam kami selalu makan benda ringan macam murtabak san francissco, nak tahu macam mana murtabak ni kene ke vlog ika ok. Kalau ke Bandung wajib rasa try murtabak ni, isi dia perghhhh . No wonder masa turun flight supir kami dah bercerita pasal murtabak ni.

BANDUNG VLOG  Jangan lupa SUBSCRIBE

EP 1
EP 2
BANDUNG FILM


Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 1 "new journey"

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan