Bercuti Di Bandung Hari ke 4-5
Assalammualaikum, maaf semua upload blog terakhir Bandung agak lambat. Biasalah timbunan kerja banyak haha. Kali ni kita sambung cerita untuk hari ke 4 iaitu hari kedua akhir, dihari ni kami habiskan masa dengan aktiviti santai menikmati pemandangan di Bandung.
Kami akan sentiasa bertolak pagi untuk ke tempat dilawati bagi mengelak kesesakan dikawasan bandar. Yup Bandung juga boleh dikatakan agak sesak diwaktu hari kerja macam di Malaysia : ).
Hari ke 4 kami bercadang nak buat aktiviti santai di THE LODGE WOODLAND, yang ad basikal viral semua tu, kayuh basikal diawangan hehehe.
Disebabkan masih pukul 9 pagi kami dibawa berjalan dilaluan seni, tak ingat pulak apa namanya sebab nak cuci mata dan tak plan pon hehe.. laluan ni sesuai pada sesiapa yang minat seni lukisan . Disini terdapat banyak lukisan jalanan yang cantik-cantik oleh pelukis tempatan.
cantikkan lukisan, sedap mata memandang..
Ha tak cukup disitu disini juga ada, pendek kata sepanjang jalan senilah
ada kedai lukisan dan lukisan jalanan yang cantik. Tu mak dilemma
nak pilih yang mana!!
Sejam dijalan seni dan dah beli gambar, so apa lagi kami ke The Lodge Woodland, Maribaya. tempat ni dari hotel kami amik masa 2 jam. Buka pada pukul 9 pagi-5 petang. Harga masuk ika tak dapat nak bagi tahu sebab diuruskan oleh supir kami tapi murah lah. Untuk masuk tempat ambil gambar dikenekan bayaran. Korang boleh ke website rasmi The Lodge Woodland untuk lebih penerangan : The Lodge Woodland
THE LODGE WOODLAND
Sebelum masuk rajin-rajinlah baca maklumat dan arahan yang tertera ye!
Ini gambar yang ika amik dari pintu masuk utama, mashaallah cantiknya Alammu....
Ni bukan nak ride ye ni nak p amik gambar haha, safety first!
jurugambar : THE LODGE WOODLAND
jurugambar : THE LODGE WOODLAND
jurugambar : THE LODGE WOODLAND
jurugambar : THE LODGE WOODLAND
jurugambar : THE LODGE WOODLAND
NI gambar by my own handphone haha!!Free je ok
lepas dah penat berjalan dah berposing, dikaunter akhir, anda bolehlah cuci atau save thru phone gambar-gambar yang korang posing tadi. Tak rugi save dan cuci satu sebagai kenangan bukan selalu datang haha.
Kemudian kami ke jalan Cihampelas, Bandung, untuk membeli barang-barang akhir dan mencuci mata untuk terakhir kalinya sebab flight esok pukul 1 so tak nak lah rush-rush.
JALAN CIHAMPELAS
Nak beli krepek, coklat atau segala macam jajan, ha masuk kedai ni.
Macam-macam ada haha.
Ha nampak patah jiwa, semangat semua ada disini . Ayuh ibuk bapak beliin haha
Malam akhir di Bandung kami lepak di cafe hipter UPNORMAL. Cafe ni banyak juga cawangan dia. Apa yang ika nampak mereka variasikan bakso dan makanan santai untuk tetamu. Tempat casual dan memang tempat melepak santai dengan kawan-kawan atau keluarga.
UPNORMAL CAFE
BELLAMIE BOULANGERIE
Ha nak tahu apa menarik cafe ni, cafe ni sepupu ika suggest sebab dia pergi bandung lepak sini. Hipter dan santai dan ada satu tarikan menarik. Nak tahu apa? scroll bawah sikit
Pintu depan yang simple menyambut tetamu..
Ha!! inilah yang menarik tentang cafe ni, tapi bukan rezeki sebab ika datang awal so part ni
tak dibukak lagi T_T sebab baru lepas hujan T_T
Aesthetic kan!
Tak dapat makan disitu kita posing jelah!!
sebelah pon sebelah lah huhuhu, but we all enjoy!!
really love this spaghetti salmon, serius sedap . Kenyang for breakfast
beef sandwich yang kaya dengan daging steam, salad dan ada potato chip, serius sedap
Memng akan pergi lagi gerai ni next time ke Bandung.
Lepas perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke kedai terkenal dan menjadi tempat wajib iaitu :
KARTIKA SARI
Tak lengkap rasanya kalau ke Bandung tak beli kek mereka, di Kartika Sari ni Kek tradisional dan moden, gula, coklat dan kuih muih tradisional semua ada. Harga berpatutan dan disediakan perkhidmatan bungkusan, cantik kan !! so belilah banyak mana , mereka akan bantu bungkuskan dengan kotak dan ikat rapi.
Ha nampak kemaskan yang dibungkus, sampai airport mintak rapping kan je.
Senarai harga belian huhuhu
Gambar kenangan dengan Pak Iwan (Tengah berkemeja)
Beranak-ranak pulak bag ni hahaha
See you when i see you
love you love myself
Baju kenangan yang di beli di Rumah Mode dan jalan Cihampelas
Alhamdulillah habis blog mengenai percutian di Bandung, harap perkongsian ini memberi manfaat. Ika ada buat vlog so jangan lupa singgah ke youtube channel ika ok .
Tempat Lawatan :
THE LODGE WOODLAND
Jalan Maribaya No. 149/252 RT. 03 / RW. 15 Babakan, Gentong, Cibodas, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia
( Buka setiap hari : 9pagi - 5 petang )
BELLAMIE BOULANGERIE
Jl. Cihapit No.35, Cihapit, Kec. Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40114, Indonesia
( Buka setiap hari : 7 pagi - 10 malam )
YOUTUBE
Link : #eyeonmefilm
Link : Bandung ep1
Link : Bandung ep2
JANGAN LUPA LIKE SHARE AND SUBSCRIBE
Comments
Post a Comment