Orange is amazing | ORYN Skincare

 Assalammualaikum,

hye pretty! yaallah lamanya tidak menaip sejak-sejak PKP musim covid ni sebuk dengan 'BEKERJA DARI RUMAH' ... oklah kali ni ika nak bercerita tentang satu produk penjagaan muka keluaran tempatan tapi setanding dengan luar dari segi pembukusan dan hasil. Nama produk ni adalah ORYN SKINCARE. Kalau cari di google memang akan ada, dan untuk pengetahuan anda semua produk ini mengetengahkan bahan utamanya iaitu oren yang terkenal dengan vitamin c nya. Bagi peminat skincare korea, ha! jangan terkejut produk ORYN menggunakan teknologi korea. 

Terima kasih pada ORYN skincare sudi memberi sample untuk merasai pengalaman 
menggunakan produk mereka. Ini adalah produk pertama yang ika try, pada mulanya agak takut juga sebab pertama kali, tapi setelah google , yup ika pon setuju dan staff mereka semua ok dalam memberi penerangan. Yelah nak try dikulit kan perlulah tahu semuanya :)

so lets unboxing



Mari kita mulakan dengan product pertama iaitu 
PENCUCI MUKA (FACE WASH)
Mengandungi dan fokus pada kandungan vitamin C, inilah produk yang sesuai bagi penggemar vitamin C dan pencerahan secara semula jadi.
Pencuci muka ini agak selesa juga bila di pakai kerana kurang mengeluarkan buih tapi masih mengekalkan kelembapan pada muka.

Kemudian, gunakan SERUM yang superb best
Sebab apa? sebab bau dan ia tidak melekit. Bauan limau yang selesa dan tidak kuat sangat selesa semasa meletakkan dimuka.


Akhir sekali, langkah yang wajib dalam skincare ialah KRIM PELEMBAP (CREAM)
cepat menyerap dan tidak melekit.



Hasil seminggu mencuba produk ini apa yang boleh ika katakan, ia sesuai untuk yang bermasalah kulit berminyak dan jerawat. Kandungan vitamin c dan tidak melekit memang selesa untuk dipakai. Produk ORYN Skincare bebas dari bahan kimia berbahaya seperti SLS, Paraben, Hydroquinone dan Merkuri. Pendek kata, ORYN Skincare menjalankan kajian menyeluruh bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah terbaik.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh lawati laman web :
selamat mencuba


Comments

NUFFNANG ADS

Popular posts from this blog

SKINCARE I BEAUTY : innisfree green tea balancing lotion & the green tea seed cream

TRAVELOG | SEOUL, KOREA 5D 4N | DAY 1 "new journey"

RAMADHAN 2016 - Kelebihan / Keistimewaan Ramadhan